Saturday 17 March 2012

Pelajar OKU Dibelasah!

pelajar oku dibelasah Pelajar OKU Dibelasah!Kerana 20 sen, seorang pelajar OKU dibelasah seorang pelajar senior di sebuah sekolah di Bagan Datoh, Perak.Mangsa yang dtitendang di bahagian perut dan di kepala, hampir pengsan dan dikejarkan ke Hospital Sungai Sumun oleh guru sekolah yang menyedari kejadian tersebut.trans Pelajar OKU Dibelasah!
Semasa kejadian 1.30 petang itu, Nalson John, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Bagan Datoh yang juga orang kelainan upaya (OKU), ditahan pelajar senior ketika sedang berjalan di hadapan kelasnya.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata pelajar senior itu dikatakan meminta 20 sen tetapi mangsa enggan memberikan wang itu lalu mereka menendang di bahagian perut dan kepala.
“Tendangan itu telah mengakibatkan mangsa hampir pengsan dan tak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Sungai Sumun oleh guru sekolah selepas diberitahu mengenai kejadian itu oleh pelajar lain,” katanya di sini hari ini.
Goh Kok Liang berkata, pelajar terbabit kemudian dihantar ke Hospital Teluk Intan (HTI) oleh guru sekolah berkenaan untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata, bapa mangsa juga membuat laporan berhubung kejadian itu dan polis sudah mengambil keterangan daripada pelajar senior terbabit.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.
Sementara itu, bapa mangsa, K Agashdin, 41, seorang pekerja kilang kelapa sawit di Sungai Dulang, Bagan Datuh, terkejut apabila diberitahu kejadian itu dan bergegas ke HTI untuk melihat anaknya.
Isu belasah dan buli pelajar lain di sekolah ini, makin lama main menjadi-jadi.Kali ni, pelajar OKU pulak yang jadi mangsa.Makin lama makin teruk.Disebabkan 20 sen, seorang manusia boleh menjadi syaitan.
Pelajar sekolah sekarang memang dah tiada adab dan nilai-nilai murni.Kami percaya, ada banyak kes buli di sekolah yang tidak dilaporkan.Bukan hanya setakat ini sahaja.Pelajar-pelajar ini, kalau dari sekolah tidak diambil tindakan, dila dah habis sekolah nanti, akan jadi lebih teruk lagi sikap mereka.
Guru-guru selepas ini, sepatutnya lebih peka pada kejadian dan tindak tanduk anak murid mereka di sekolah.Ibu-bapa pelajar bermasalah juga perlu bekerjasama dalam hal ini.Jangan hanya tahu nak buat anak sahaja, tapi nak mendidik anak seperti melepaskan batuk di tangga.
Apap pandangan anda bagi isu pelajar OKU dibelasah ini?
P.S. Zaman sekarang, 20 sen lebih bernilai dari manusia..

No comments:

Post a Comment