Saturday 17 March 2012

Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Pilihanraya Umum Ke 13. Apa Pendapat Anda?

anwar ibrahim vs najib Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Pilihanraya Umum Ke 13. Apa Pendapat Anda?
Kami ingat ini kali ke 4 atau ke 5 usaha untuk menemukan Anwar Ibrahim VS Najib Razak dalam satu pentas debat/forum bagi membicarakan isu-isu semasa yang berbangkit sekarang ini. Kalau sebelum ini mahu diadakan debat bagi membincangkan kredibiliti buku jingga, hutang negara tetapi menemui kegagalan. 
Baru-baru ini terdapat usaha sekumpulan mahasiswa daripada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mahu mengadakan forum antara Anwar Ibrahim Vs Najib Razak berhubung kebebasan akademik dan masa depan negara.
  • Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia)
  • Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang)
Kami tidak pasti samada jadi atau tidak. Berjaya atau tidak berjaya seperti sebelumnya. Sama-sama kita nantikan
Sekitar bulan September 2008, pernah berlangsungnya debat Presiden Amerika Syarikat antara Barack Obama Vs John McCain. Siap pada masa itu Astro Awani menyiarkan secara langsung siri perdebatan tersebut disusuli dengan analisis lagi. Debat antara pemimpin di Malaysia, stesen TV tiada yang berminat untuk menganjurkan? Bernama TV, TV3, Astro Awani, RTM?
Di US, tiada masalah untuk berkempen melibatkan kedua-dua pihak, baik Barack Obama mahupun John McCain. Seingat kami ketika Lehman Brothers dan AIA bankrupt, McCain boleh pula tersasul sebut “our economic fundamentals are still strong” ketika berdebat dengan Barack Obama. Akhirnya kenyataannya itu menjadi bahan kritikan dan lawak jenaka oleh parti demokrat.
  • McCain, seorang veteran vietnam dan menjadi banduan perang selama beberapa tahun di Vietnam, tanpa rasa jemu mengulang cerita Vietnam beliau semasa berkempen hingga orang muak.
  • Seperti bekas datuk bandar New York,Rudy Guiliani (seorang Republican) yang tanpa rasa muak dan jemu menyebut tentang tragedi 911 boleh kata dalam setiap ucapannya semata-mata untuk menakutkan rakyat Amerika supaya mereka akan terus menyokong parti Republican melawan terrorism.
  • Jadi apa yang kami nampak politik di US tiadalah bersih mana pun.
Adakah kesilapan hujah yang pernah dilakukan oleh Brian McCain itu “sangat ditakuti” kebanyakan ahli politik di Malaysia untuk tampilkan diri untuk mendebatkan isu-isu penting antara satu sama lain?

Debat Anwar Ibrahim VS Najib Razak : Isu-isu Semasa Sebelum Pilihanraya Umum Ke 13

Tetapi….tetapi dalam buruk-buruk itu, ada juga yang boleh dijadikan contoh. Debat!! Ya debat. Bagi kami, tidak perlu setiap kali ada isu kita nak berdebat atau berforum. Cukup sekadar bincangkan terus di Parlimen. Yang penting antara satu sama lain MESTI hadir dengan hujah & fakta yang jelas & tepat!! Tetapi untuk Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang, kami sangat sokong diadakan debat Anwar Ibrahim VS Najib Razak.
Sebab apabila timbulnya sesuatu isu :
  • Pemimpin A mengata si B
  • Pemimpin B mengata si A
  • Pemimpin B cuba mempertahankan pendiriannya di dalam media arus perdana
  • Pemimpin A cuba memberikan hujah beliau tersendiri melalui platform yang beliau ada
Akhirnya sampai ke sudah, masalah tak selesai-selesai. Hanya berlegar peperangan mulut antara satu sama lain. masing-masing tak mahu kalah. Jadi apa kata temukan Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Biar rakyat menilai kredibiliti, usaha yang dilakukan selama ini oleh kedua-dua pihak, akhirnya rakyat yang berfikir sendiri dan membuat keputusan menilai baik & buruknya.
Kadang-kadang :
  • Pemimpin A tidak berapa pandai berhujah tetapi kerja bagus
  • Pemimpin B berhujah cukup main handal tetapi kerja mengecewakan
  • Ada pemimpin kerja bagus, berhujah pun bagus
  • Yang menyedihkan ada peminpin buat kerja “serba tak jadi”, berhujah pun tidak meyakinkan
Bagi kami wakil rakyat mesti berani berdebat hal rakyat, di hadapan rakyat, untuk pengetahuan rakyat, untuk diadili oleh rakyat. Apa pendapat anda, patutkah diadakan debat Anwar Ibrahim VS Najib Razak? Kenapa?
P/S : Kalau benar jadi diadakan kelak, apakah soalan yanga anda nak kemukan semasa debat Anwar Ibrahim VS Najib Razak nanti?
Debat Anwar Ibrahim VS Najib Razak!!

No comments:

Post a Comment