Saturday 17 March 2012

Selepas Proton, KTM Akan Jatuh Ke “Tangan” MMC Corp Dengan Nilai RM1 Billion Untuk Diswastakan?

ktm jual syed mokhtar Selepas Proton, KTM Akan Jatuh Ke Tangan MMC Corp Dengan Nilai RM1 Billion Untuk Diswastakan?
Sekarang ini Proton sudah menjadi hak milik DRB Hicom yang dimilki taikun terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar selepas Khazanah nasional bertindak menjual sekitar 43 peratus pemilikan saham mereka pada Proton. Tidak cukup dengan itu, dilaporkan ketika ini, kerajaan bakal menswastakan KTM pula tidak lama lagi…..
Business Times baru-baru ini melaporkan yang MMC Corp yang “dikawal” oleh taikun terkenal Tan Sri Syed Mokhtar telah dalam rancangan untuk mengambialih KTM. Tan Sri Syed Mokhtar lagi?
Business Times reported in December 2011 that MMC plans to pump in some RM1 billion into KTMB and take over its operations
Setakat ini, Kesatuan Pekerja KTM telah melahirkan kebimbangan. Sebab apa ?
  • Mereka menegaskan yang KTMB tidak sesuai sama sekali untuk diswastakan
  • KTMB adalah untuk rakyat dan harus kekal seperti ada hari ini, ataupun kembali sahaja kepada kerajaan kembali kepada kerajaan
  • Apabila diberikan kepada pihak swasta, pastinya, harga tambang akan meningkat
  • Sekarang ini caj KTM adalah sekitar 70 – 80 sen setiap km berbanding RM1.00 untuk perkhidmatan seperti ERL, Putra, STar dan Monorel
  • Bimbang 5,500 akan diberhentikan
Kami setuju dengan pendapat mereka. Perkhidmatan awam sangat penting untuk rakyat golongan pertengahan dan juga yang berpendapatan rendah. KTM, sebuah entiti milik negara dengan pengurusan dan pelaburan yang mencakupi orang awam tidak perlu sebenarnya terlalu memikirkan bagaimana nak memaksimakan keuntungan yang berlebih-lebihan.
  • Bukan berniaga kepada rakyat
  • Tetapi perkhidmatan untuk rakyat sendiri yang patut diutamakan dan sepatutnya dipertingkatkan
  • Yang penting kecekapan pengurusan KTM perlu diambil berat
Perkhidmatan awam ini sangatlah penting dan sepatutnya dinaiktaraf kepada kedudukan yang lebih baik daripada yang ada sekarang melihatkan kepada senario simpanan minyak negara yang bakal susut daripada masa ke semasa, kos sara hidup rakyat, kenaikan harga minyak dan kesesakan lalulintas yang berlaku hari ini.
Mengenai pengambilalihan Proton oleh DRB-Hicom, Wall Street Journal melaporkan:
Wall Street Jurnal dalam laporan berhubung pengambilalihan DRB Hicom ke atas Proton merumuskan  dalam satu kenyataan seperti di bawah ini :
  • Dengan pengambilihan ini menambahkan lagi pengaruh taikun Syed Mokhtar Al Bukhary selepas sebelum ini berjaya membeli 32% saham Pos Malaysia daripada Khazanah bernilai RM600 juta
  • Tan Sri Syed Mokhtar mula berada di puncak semasa era tahun 80an yang mana pada masa itu kerajaan Malaysia diketuai Mahathir Mohamad
  • Ada cakap-cakap orang politik mengatakan yang maan penjualan beberapa pegangan saham kerajaan akan meningkatkan lagi perolahan pendapatan & tabungan seterusnya membantu kerajaan Najib Razak mendapat sokongan golongan petengahan menjelang Pilihanraya Umum Ke 13 akan datang
Itu laporan Wall Street Jurnal. Betulkah rumusan yang diberikan mereka disebalik penjualan beberapa saham kerajaan selama ini? Apa pendapat & pandangan anda jika KTM ini berjaya dijual kepada MMC?
Setuju KTM Diswastakan?

No comments:

Post a Comment