Sunday, 18 March 2012

Jumpa mayat

KUANTAN: Penduduk di Felda Jengka 14, dekat Maran, gempar apabila menemui mayat seorang lelaki berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman di sebuah ladang kelapa sawit, petang kelmarin.
Mayat buruh ladang warga Indonesia itu dijumpai dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang melalui kawasan ladang itu, jam 2.30 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Johari Sahabuddin berkata, mangsa dikenali sebagai Marwan, 36, dari Lombok, Indonesia.
“Siasatan awal mendapati mangsa mati akibat dicederakan dengan senjata tajam berdasarkan beberapa kesan tikaman di beberapa bahagian badan, termasuk leher,” katanya.

No comments:

Post a Comment