Sunday 18 March 2012

Ditahan seleweng diesel

GEORGETOWN: Cubaan seorang lelaki menyeleweng minyak diesel yang dibeli di sebuah stesen minyak bernilai lebih RM18,000, terbongkar apabila dicekup dalam serbuan di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah (SPT), di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan jam 10.30 malam oleh sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Pulau Pinang, M Gunaselan, berkata, ketika pemeriksaan, suspek didapati mengisi minyak diesel ke dalam lori satu tan untuk tempoh lama.
Katanya, siasatan mendapati lori berkenaan mempunyai tangki minyak yang diubahsuai di bawah lori yang disalurkan ke dalam beberapa tong di belakang lori itu melalui saluran rahsia.

“Pemeriksaan mendapati sejumlah 1,200 liter minyak diesel diisi di dalam tong yang mempunyai kapasiti 2,000 liter itu.

“Lelaki itu didapati membeli minyak dalam kuantiti yang tidak dibenarkan,” katanya.

Gunaselan berkata, suspek ditahan untuk siasatan lanjut, manakala seorang pekerja stesen minyak berusia 30-an turut diambil keterangan bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment