Sunday 18 March 2012

Aaron Aziz Jadi Penyanyi La plak huhu

WAH, ramai sangat yang bertanya pada Syed betul ke Aaron Aziz yang tengah 'panas menggelegak' tu nak menyanyi. Boleh ke Aaron menyanyi? Sedap ke suara dia? Amboi... macam-macam pertanyaan yang orang dok tanya pada Syed.
Bukan apa, sejak kebelakangan ini banyak sangat cerita pasal Aaron tersebar. Maklumlah orang tengah naik daun sekarang. Kalau nak tahu Aaron dah pun menandatangani kontrak sebagai artis naungan Astro selama tiga tahun.
Bila Syed risik-risik pada orang yang cukup rapat dengan Aaron memang sah dia nak menyanyi tak lama lagi. Tapi bukan Aaron nak menyanyi seorang diri sebaliknya berduet dengan kumpulan Sleeq yang cukup popular dengan lagu Cun Saja tu.
Syed difahamkan memang sudah ada lagu yang mereka pilih untuk dinyanyikan. Cuma tunggu masa yang sesuai masuk studio sebab jadual Aaron sekarang memang tengah padat dengan macam-macam drama dan filem.
Kalau tak salah projek menyanyi bersama tu dibuat di bawah Aaron Aziz Production yang juga merupakan syarikat pelakon tu. Syed pasti ramai yang memang dah tak sabar nak dengar suara Aaron. Mana tahu suara Aaron boleh 'pukul' penyanyi-penyanyi lain.
Dalam pada itu ramai yang cukup suka gandingan Sleeq dengan Ramlah Ram. Tak salah Syed lepas ni Sleeq nak berduet dengan Najwa Latif pula. Tak kan berduet dengan orang je kot, tak ada lagu sendiri ke bro?

No comments:

Post a Comment