Sunday 18 March 2012

Suspek bunuh Dirang direman seminggu



SUSPEK termasuk seorang wanita (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru untuk mendapat perintah tahanan reman semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI



JOHOR BAHRU 17 Mac - Polis hari ini mendapat perintah tahanan reman selama seminggu ke atas tiga suspek kes bunuh dan bakar Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau yang lebih dikenali sebagai Dirang di Mahkamah Majistret di sini.
Pendaftar Mahkamah Rendah, Nuriza Mustaffa membenarkan ketiga-tiganya yang berusia 30-an direman sehingga 23 Mac ini untuk siasatan kes pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini, mereka yang positif penggunaan dadah itu ditahan polis di sebuah rumah kosong di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada 1 Mac lalu untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 sehingga semalam.
Polis kemudian membuat tangkapan semula ketiga-tiga suspek itu dan menahan mereka selama 24 jam sebelum memohon perintah tahanan reman bagi kes pembunuhan Dirang.
Pada 12 Mac lalu, polis mengesahkan rangka manusia rentung yang ditemui di kawasan perumahan terbengkalai di Nusa Damai, Masai di sini ialah Dirang selepas mendapat hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) daripada Jabatan Kimia.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, polis giat melengkapkan siasatan kes itu untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi memulakan proses pendakwaan.

1 comment:

  1. kalu betul korang yang bunuh adik dhirah 2....korang tau la nasib korang kalau masuk dalam penjara..memang aku pijak2 korang...tapi hukuman 2 x berapa berat..harap undang2 malaysia tunjuk pada dunia jenayah macam nie xleh dilepas kan..

    ReplyDelete