Saturday 17 March 2012

SBPA Terbaru. Pengumuman Datuk Najib di PICC (LIVE). SBPA BATAL!!

sbpa terbaru SBPA Terbaru. Pengumuman Datuk Najib di PICC (LIVE). SBPA BATAL!!
Seperti yang dijanjikan hari ini, sedang diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib. Sekarang ini sedang berlangsung perhimpunan tersebut.
Dan Datuk Najib sedang memberikan ucapannya ketika ini. Ini yang ditunggu-tunggu oleh semua penjawat awam di seluruh Malaysia sebenarnya. Biasalah untuk permulaan, mukadimah seperti telah disusun elok dan disampaikan oleh Datuk Seri Najib Razak dengan baik. Dan….kami akan kemaskini apa yang berlaku di PICC daripada masa ke semasa di sini…..
Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA :
  • Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
  • Datuk Najib sempat menceritakan & menyentuh pula isu-isu yang berkaitan dengan muflis termasuklah perkembangan situasi di Greece.

SBPA Batal. SSM Ditambahbaik!!

  • Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
  • Tetapi SSM akan ditambahbaik
  • Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji & mempertimbangkan sebarang bentuk cadangan pada masa akan datang untuk penambaikan perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  • Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  • SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu…
  • Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  • Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  • COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012
  • Bersambung……

Persoalan Disebalik Pengumuman Gaji Baru Kakitangan Awam Ini?

  1. Pasti yang akan bertanyakan soal tunggakan. Logiknya tunggakan hanya sah apabila SBPA kekal. Sekarang ini SBPA BATAL. Jadi apa maknanya di sini? Apa yang perlu dinantikan sekarang inii, hanyalah kenaikan gaji tahunan dan pelarasan. Kecuali pelarasan ini mahu dilakukan & dilaksanakan bermula Januari 2012. Kalau begitu, mungkin akan ada tunggakan. Mungkin?
  2. Tentang bila mahu dilaksanakan, masih belum diketahui lagi. Masih lagi “tergantung” di situ. Sama-sama kita nantikan….
  3. Lagi?? Ada nak tambah?
P/S : Sementara kami mengemaksinikan perkembangan gaji kakitangan awam yang baru ini daripada masa ke semasa, anda boleh berkongsi pendapat dan respon anda berdasarkan pengumuman Datuk Seri Najib ini.

No comments:

Post a Comment