Saturday 17 March 2012

Cuepacs VS Datuk Najib : Jawapan Perdana Menteri Mengenai Isu SBPA di Dewan Rakyat!!

SBPA Cuepacs VS Najib Cuepacs VS Datuk Najib : Jawapan Perdana Menteri Mengenai Isu SBPA di Dewan Rakyat!!
Kalau sebelum ini sepanjang perbincangan mengenai SBPA sebelum, acapkali kita mendengar keluhan daripada Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman yang mana mereka tidak dimaklumkan langsung butiran mengenai SBPA untuk diperbincangkan bersama sebelum ianya cuba dilaksanakan bermula awal tahun 2012. Tiba-tiba…..
Tiba-tiba apabila berlangsung sidang Dewan Rakyat semalam, terdapat pertanyaan & persoalan mengenai SBPA mengapa Cuepacs tidak dipanggil sama untuk berbincang mengenai pelaksanaan SBPA dan pendirian kerajaan terhadap tuntutan-tuntutan Cuepacs sebelum ia mula mahu dilaksanakan awal Januari 2012.
SBPA Cuepacs 2012 Cuepacs VS Datuk Najib : Jawapan Perdana Menteri Mengenai Isu SBPA di Dewan Rakyat!!
Dan jawapan yang diberikan oleh Datuk Seri Najib di Dewan Rakyat semalam agak berlainan dengan kenyataan Datuk Omar Osman
  • Datuk Seri Najib Tun Razak mengatakan kerajaan telah mengadakan perbincangan dengan Cuepacs dalam merangka Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
  • Kerajaan telah mengadakan forum perbincangan bersama Cuepacs dan wakil persatuan itu melalui tiga Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) yang bersidang sekurang-kurangnya tiga kali setahun.
  • Mesyuarat tidak berkala lain juga diadakan antara pegawai tertinggi kerajaan dengan ahli Majlis Tertinggi Cuepacs
  • Kerajaan juga menerima memorandum daripada Cuepacs dengan tuntutan tertentu yang telah dikaji dan diambil kira dalam penggubalan SBPA
  • Sepanjang 2011, sebanyak 13 mesyuarat utama bersama Cuepacs diadakan merangkumi mesyuarat dengan MBK, taklimat pada Ahli Majlis Tertinggi Cuepacs dan siri perjumpaan bersama Cuepacs yang membawa kepada termeterainya memorandum persefahaman mengenai pelaksanaan SBPA antara Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs yang ditandatangani pada 28 Dis 2011

Aduan & Tuntutan Presiden Cuepacs Mengenai SBPA Sebelum ini

Cuepacs Latest News Cuepacs VS Datuk Najib : Jawapan Perdana Menteri Mengenai Isu SBPA di Dewan Rakyat!!

Soalan Datuk Mahfuz (Pas-Pokok Sena) & Jawapan Datuk Najib (BN-Pekan) Mengenai SBPA di Dewan Rakyat:

Soalan tambahan : Mengenai status 36 pegawai dalam Kumpulan Primier yang telah menerima ganjaran gaji dan pencen mengikut SBPA sejak 1 Jan lepas.
Jawapan : Perdana Menteri mengatakan : “Nampaknya ahli yang berhormat berkenaan nak jadi juara kepada 36 orang ini. Kerajaan kita nak jadi juara kepada 1.4 juta penjawat awam.”
Ya…benar mana-mana menteri sebenarnya boleh memilih untuk menjawab atau tidak menjawab soalan yang dikemukakan di sidang dewan rakyat. Tetapi bukankah lebih baik untuk Datuk Seri Najib Razak tampil memberikan memberikan penjelasan, menjawab isu SBPA termasuklah memaklumkan jumlah dan angka yang terlibat, status terkini gaji mereka serta apa sebenarnya tindakan susulan yang bakal diambil selepas ini. Apatah lagi status Datuk Seri Najib yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Gaji Peringkat Kabinet.
Bagi kami soalan tersebut bukannya memihak pada kumpulan premier atau pun bawahan pun. Pelbagai persoalan yang bermain di fikiran penjawat awam sekarang ini.
“Persoalan jika terus dibirkan tidak dijawab, akan timbul pula persepsi. Daripada persepsi pula akan menimbulkan fitnah daripada rpelbagai pihak”
Sekarang ini status bayaran terkini yang diterima 36 anggota dalam Kumpulan Premier dan 350 penyandang Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) yang telah menandatangani dokumen persaraan di bawah skim gaji SBPA masih lagi menjadi tanda tanya. Pada asalnya :

Imbuhan atau Gaji SBPA Yang Telah Diterima Kumpulan Premier :

  1. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM60,000 (gaji yang diterima Ketua Setiausaha Negara)
  2. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM45,000
  3. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM40,000
  4. gaji Kumpulan Premier 4 adalah RM35,000
P/S : Apa respon anda dengan jawapan & penjelasan datuk Seri Najib mengenai isu SBPA baru-baru ini?

No comments:

Post a Comment