Sunday 18 March 2012

Minergy Ice Lemon Tea membantu meningkatkan kesuburan, tenaga dalaman, stamina dan meningkatkan kesihatan prostat. HAMDAN merupakan seorang pemuda kacak dan diminati ramai ketika menuntut di universiti. Namun kini tidak lagi. Penampilannya banyak berubah dan kesihatannya merosot. Tubuhnya gemuk berlemak dan perutnya buncit. Wajah Hamdan juga kelihatan bengkak manakala bahagian bawah matanya terdapat banyak lemak yang menjadikannya kelihatan lebih berusia. Selain itu dia juga mengidap kencing manis dan tahap kolestrolnya meningkat. Ini menjadikannya sangat emosional dan tertekan. Pelbagai amalan diet dan senaman telah dilakukan namun seolah-olah tiada hasilnya. Malah itu juga menjadikan hidupnya serba tidak kena hingga turut menjejaskan hubungan dengan pasangannya. Apa yang berlaku pada Hamdan itu merupakan antara tanda-tanda andropause yang menyerang lelaki. Ia mengakibatkan kalenjar hormon tidak berfungsi dan hormon tubuh menjadi rendah. Bagaimana untuk mengetahui atau mengesan masalah kekurangan hormon yang membawa kepada andropause itu? Cuba jawab soalan berikut. Jika jawapannya 'ya' bermakna anda kekurangan hormon dalam badan. Adakah nafsu seks menurun? Letih tak bertenaga? Tertekan? Ereksi tidak keras? Kerap marah-marah? Berasa tidak gembira? Berat badan susut atau sukar turun berat badan Kepala semakin botak? Bagi mereka yang jawapannya 'ya' untuk soalan di atas boleh mencuba Minergy Ice Lemon Tea yang dapat membantu mengatasi masalah tersebut. Produk keluaran Marissa Aesthetic itu menggunakan teknik ekstraksi dan teknologi pemprosesan terkini bagi memastikan kandungan-kandungan zat herba dikekalkan sepenuhnya, sebati dan kekal khasiatnya, tanpa memerlukan pengawet pemakanan. Minergy Ice Lemon Tea membantu meningkatkan kesuburan, meningkatkan tenaga dalaman dan stamina serta meningkatkan kesihatan prostat. Ia juga merangsang saraf-saraf, mengawal tekanan darah dan memperbaiki pengaliran darah. Seterusnya ia membantu meningkatkan fungsi adrenal gland yang akan meningkatkan sistem imunisasi dan ketahanan badan di samping menyuburkan serta menyihatkan buah pinggang Ia boleh diminum oleh pesakit kencing manis kerana tidak mengandungi gula.



Keadaan ginjal yang mengalami kerosakan kronik.



MENURUT pakar-pakar nefrologi, apabila tahap kegagalan pada buah pinggang menjadi semakin teruk, organ itu akan kehilangan fungsi normal. Situasi itu dikenali sebagai Kegagalan Buah Pinggang Peringkat Akhir (ESRF) atau ringkasnya, kegagalan buah pinggang.
Terdapat banyak komplikasi ESRF (dikenali juga sebagai ESRD). Antaranya anemia, hipertensi dan osteoporosis.
Anemia terjadi bila badan tidak mempunyai sel darah merah yang cukup bagi menampung keperluan oksigen untuk semua sel.
Sel-sel dalam badan menggunakan oksigen bagi menukar glukos daripada makanan kepada tenaga.
Bila kekurangan sel darah merah, maka kuranglah kandungan oksigen untuk dihantar ke sel-sel yang memerlukannya.
Tanpa oksigen yang cukup, tisu dan organ badan akan mempunyai tenaga yang kurang bagi menjalankan tugas masing-masing.
Simptom anemia termasuk kelesuan, letih dan rasa seolah-olah tidak mempunyai tenaga. Simptom yang lain adalah semput, pening, rasa berdebar, kulit pucat dan tidak boleh berfikir dengan jelas serta rasional.
Kronik
Mengikut pakar nefrologi, penyakit ginjal boleh menyebabkan paras rendah hormon erythropoietin dan zat besi dalam badan.
Anemia boleh berlaku pada peringkat awal penyakit buah pinggang dan beransur teruk bila penyakit itu bertambah serius. Hampir semua pesakit kegagalan ginjal peringkat akhir (tahap di mana pesakit memerlukan rawatan dialisis) akan mengalami anemia.
Menurut pakar-pakar itu, peningkatan bahan buangan dalam saluran darah juga akan merencat sel darah merah kerana ginjal yang sihat akan menapis bahan toksin dalam darah. Tetapi bila buah pinggang diganggu penyakit ginjal yang kronik, organ itu tidak dapat berfungsi dengan baik.
Pegawai perubatan bahagian nefrologi, Dr. B.H. Lim menerangkan, ginjal yang sihat merembeskan hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau 'epo'.
"Bila tahap oksigen rendah dalam darah, ginjal akan mengeluarkan hormon epo.
"Hormon ini akan menghantar isyarat pada sum-sum tulang supaya membentuk lebih banyak sel darah merah. Bila ada lebih sel darah merah, kandungan oksigen akan meningkat.
"Tetapi bila buah pinggang rosak, hanya sedikit atau tiada langsung epo yang dikeluarkan dan berlaku penurunan dalam pembentukan sel darah merah," jelas beliau.
Rawatan
Bergantung pada faktor penyebab anemia, doktor akan memberi ubat-ubatan atau suplemen bagi menambah erythropoietin yang dikeluarkan badan. Doktor juga mungkin memberikan zat besi sebagai tambahan.
Jika pesakit tidak mendapat cukup zat besi, mereka akan dirujuk kepada pakar diet dan merancang supaya pesakit mendapat makanan yang sesuai termasuk bahan mesra buah pinggang seperti yang kaya dengan zat besi, vitamin B12 dan asid folik.
Doktor akan memantau keadaan pesakit dan membuat perubahan di mana perlu terhadap perancangan rawatan.
Doktor juga akan memberi pesakit ubat yang dinamakan 'Eprex'.
Menurut Dr. Lim, suntikan Eprex mengandungi bahan aktif epoetin alfa yang sebenarnya versi sintetik hormon erythropoietin.
"Erythropoietin dirembes oleh ginjal yang sihat. Ia memberi stimulasi kepada sum-sum tulang supaya mengeluarkan sel darah merah bagi membawa oksigen ke seluruh badan," terangnya.
Kata Dr. Lim, epoetin alfa digunakan bagi merawat anemia mereka yang mengalami kegagalan buah pinggang kronik yang memerlukan dialisis, serta juga pesakit yang rosak buah pinggang tetapi belum memerlukan dialisis.

No comments:

Post a Comment