Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, mangsa, Muhammad Azlizan Adam, 23, maut dalam keadaan menyayat hati apabila tangan dan kaki kirinya putus dirempuh sebuah lori lima tan.
Menurut Mohd Amin, ketika kejadian dia sedang menurunkan barang daripada lorinya untuk kerja mengecat jalan sementara seorang lagi pekerja memegang bendera keselamatan.
“Kami sudah meletakkan kon keselamatan hampir dua kilometer supaya pemandu di lebuh raya menyedari terdapat kerja penyelenggaraan di hadapan.
“Bagaimanapun, saya tidak tahu mana silapnya, tiba-tiba sebuah lori masuk ke laluan kon dan merempuh mangsa yang sedang tekun mengecat garisan putih itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Mohd Amin berkata, dia yang sudah menganggap mangsa seperti anak kandung sendiri, tidak menyangka arwah meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati.
“Saya tidak dapat melupakan saat melihat arwah terpelanting jauh dan maut serta-merta di tempat kejadian.
“Arwah rapat dan tinggal bersama keluarga saya di Bukit Katil, Melaka, saya reda dengan pemergiannya kerana Allah lebih menyayanginya,” katanya.
Menurutnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. “Pemandu lori ditahan polis untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
No comments:
Post a Comment