Assallamualaikum...
semua,fuuhhh... citer panas jugak ni.... aku sedih baca entry nie... x
sangka ada juga manusia mcm 2... bkn untuk mnjatuhkan maruah wanita...
tapi kisah ini sangt mnyedihkan... isteri curang... melakukan hubungan
sulit dengan suami org.. hmmm... apa la nak jadi dgn dunia sekarang
kisah ini di tulis oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN. So, baca dan fahami kisah agar dpt di jadikan iktibar kepada kita semua...
Minta tunjukkan kebenaran dalam rumah tangga
Siapa
sangka, seorang isteri berperawakan lemah lembut, bertudung labuh dan
kuat pegangan agama rupa-rupanya bertuankan nafsu apabila sanggup
menjalin hubungan sulit dengan suami orang. Padahnya,
dia dicekup suami dalam keadaan hanya memakai baju tidur tanpa coli
manakala pasangannya tidak berbaju, sekali gus membawa kepada runtuhnya
rumah tangga yang dibina selama 10 tahun. “Nyata
doa saya ketika di Makkah supaya Allah SWT menunjukkan kebenaran di
dalam rumah tangga saya termakbul. Saya bukan mahu memalukan bekas
isteri, tapi ingin berkongsi pengalaman supaya menjadi iktibar kepada
orang lain,” kata Azman, 30-an.
Ikuti pengakuan Azman sepenuhnya:
“Terus
terang saya katakan, sepanjang hidup bersamanya, tidak sedikitpun saya
meragui kesetiaannya. Saya yakin dia setia kepada saya memandangkan
perkahwinan kami atas dasar suka sama suka.
Ketika
bersusah payah membangunkan perniagaan, dia menjadi inspirasi dan
semangat untuk saya. Tanpa dia, mungkin saya tidak mampu mengharungi
pahit getir dalam dunia perniagaan. Lebih
daripada itu, saya yakin, perawakannya yang lemah lembut, bertudung
labuh dan latar belakangnya yang kuat pegangan agama tidak mungkin
membuatkan dia sanggup melakukan perbuatan yang menyalahi hukum agama.
Dia melayan saya dengan sepenuh tanggungjawabnya sebagai isteri. Apa saja permintaan saya dia akan penuhi. Kami bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia sembilan tahun.
Namun,
ketika perniagaan saya berkembang dan kami sekeluarga mengecap
kesenangan, ada rakan memberitahu pernah melihat isteri saya bersama
lelaki lain dalam keadaan mencurigakan.
Ketika itu memang saya tidak percaya langsung dan akibatnya saya bertumbuk dengan rakan yang menyampaikan maklumat itu.
Begitupun, cerita mengenai kecurangan isteri saya tidak pernah tamat kerana ada saja rakan menyampaikannya kepada saya.
Antara
yang paling menyakitkan hati ialah ada yang memberitahu, isteri saya
membuat pengakuan bahawa dia sudah berpisah dengan saya. Dalam
keadaan sedemikian, saya masih bersabar dan membuang perasaan curiga
terhadap isteri. Saya tetap melayannya dengan baik dan pada masa sama
dia juga begitu.
Pada
Ramadan tahun lalu, saya ke Makkah mengerjakan umrah dan di depan
Kaabah saya berdoa supaya Allah SWT terus merapatkan hubungan saya dan
isteri. Pada masa sama saya juga memohon kepada Allah supaya menunjukkan
kebenaran jika ada kekurangan dalam rumah tangga saya.
Pulang
dari Makkah, saya menghadiahkan isteri gelang kayu Kokka. Tidak lama
selepas itu rakan memberitahu, lelaki yang dikatakan menjalin hubungan
sulit dengan isteri saya ada memakai gelang sama.
Apa
disampaikan rakan saya memang benar kerana tanpa pengetahuan saya,
isteri saya menghadiahkan gelang berkenaan kepada lelaki itu.
Saya memang sakit hati tetapi kerana perasaan sayang masih menebal, saya buat tak tahu saja. Bagaimanapun, pada satu malam doa saya dimakbulkan Allah apabila saya bagaikan diberi petunjuk mengenai kecurangan isteri. Entah
bagaimana, ketika itu tidak semena-mena kereta yang biasa saya gunakan
rosak secara tiba-tiba dan saya pulang ke rumah menggunakan kereta
lain. Tidak
seperti kebiasaan, saya pulang awal sedikit. Ketika sampai di rumah,
saya melihat kelibat seorang lelaki keluar dari pintu belakang dan
menguncinya.
Berderau darah saya ketika itu dan dengan menggunakan segala kudrat yang ada, saya mengejar dan berjaya menangkapnya. Ternyata,
dia adalah lelaki seperti digambarkan rakan saya. Dalam keadaan tidak
berbaju, saya mengheretnya ke dalam rumah dan ketika itu isteri saya
dalam keadaan kusut, memakai baju tidur tanpa coli. Saya periksa bilik
dan mendapati katil ‘bersepah’.
Tanpa
sedar, air mata saya mengalir dan benarlah apa yang diberitahu rakan
selama ini. Sudah jelas, isteri saya curang. Jika bersama lelaki lain di
dalam rumah dalam keadaan mencurigakan, apa lagi yang mereka lakukan
jika tidak membuat maksiat? Namun,
seperti orang tidak bersalah, kedua-duanya berbuat muka selamba. Isteri
memberi alasan lelaki itu datang ke rumah kerana mahu membetulkan paip.
Apabila
diperiksa, ternyata isteri saya berbohong apabila paip rumah saya tidak
rosak dan lelaki itu tidak pula membawa peralatan membaiki paip.
Seperkara lagi, lelaki itu masuk ke rumah secara bersembunyi berikutan keretanya diletakkan jauh dari pekarangan rumah. Bengang
dengan reaksi mereka, saya bawa mereka ke balai polis dan membuat
laporan. Sedikitpun mereka tidak menunjukkan perasaan takut.
Kesudahannya mereka dilepaskan selepas dijamin keluarga masing-masing.
Sejak itu, kami duduk berasingan hinggalah kami bercerai baru-baru ini. Saya mendapat hak penjagaan anak. Apabila
difikirkan kembali, apa salah saya sehingga dia sanggup berbuat begitu.
Hendak apa saja saya berikan. Malah satu ketika dia pernah berkata
kepada anggota keluarga saya, dia tidak tahu hendak membeli apa lagi
kerana semua benda boleh dimilikinya.
Keluarga
saya memang kecewa, apatah lagi ibu saya. Dia adalah menantu
kesayangannya, tetapi apa yang berlaku benar-benar mengejutkannya.
Keluarga bekas isteri pula meletakkan kesalahan di atas bahu saya. Mereka menyifatkan saya terlalu cemburu.
Saya
hairan, adakah perbuatan bekas isteri saya melakukan maksiat bersama
lelaki lain dan saya sendiri yang menangkap mereka perlu dimaafkan?”
No comments:
Post a Comment