Saturday, 17 March 2012

Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!

hutang malaysia Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Kalau semasa pembentangan Bajet 2012, bajet yang dikemukan oleh Datuk Seri Najib Razak merupakan bajet defisit. Bajet defisit bukanlah suatu yang teruk tetapi jika terus-menerus kerajaan mengemukakan bajet defisit kepada rakyat, ada masalah sebenarnya.
Hutang Malaysia 2012 berdasakan semakan kami di laman Bank Negara menunjukkan ianya terus meningkat ke angka RM456.1 billion. Masih lagi meneruskan dengan trend yang meningkat naik. Rakyat Malaysia perlu risau?

Hutang Malaysia VS Bebanan Kepada Rakyat?

  1. Negara mempunyai hutang yang tinggi : Rakyat menanggungnya
  2. Negara mempunyai lebihan dana yang agak tinggi : Rakyat menikmatinya
Dua situasi yang berbeza di situ. Contoh paling mudah, Greece. Tahu bukan apa jadi pada Greece sekarang ini? Hasilnya apa jadi kepada rakyat Greece pencen mereka kena potong 20%. Greece jatuh sebab apa? Pun kami ada kongsikan di laporan ini : Harga Emas Semasa Melonjak VS Krisis Greece. Walaupun masih lagi Malaysia belum sampai lagi ke tahap seperti Greece, tetapi jika kerajaan Malaysia tidak ada disiplin menguruskan kewangan negara, tiada yang mustahil ia akan menjadi bertambah buruk.
Kasihanilah generasi yang akan datang yang akan menanggungnya kelak.
“Sebagai seorang bapa (pemimpin kerajaan), takkanlah kita mahu tinggalkan anak kita (rakyat Malaysia) dalam keadaan hutang keliling pinggang”
hutang malaysia 2012 Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Laporan Kewangan & Ekonomi Malaysia : Kali terakhir Data Dikemaskinikan pada 21 Februari 2012

Hutang Malaysia 2007-2011

Ini pula statistik penuh yang dihasilkan oleh pusat Kajian Politik Untuk Perubahan KPRU) berdasarkan hutang kerajaan Malaysia daripada tahun 2007-2011
hutang kerajaan malaysia Hutang Malaysia 2012 Telah Menjangkaui RM456.1 Billion!!
Kalau diikutkan Malaysia mengamalkan ekonomi yang terbuka dan bergantung kepada perdagangan antarabangsa. Hakikatnya sekarang ini ekonomi dunia tidak berapa baik. Berdasarkan pembentangan bajet 2012 pada 7 Oktober 2011 lepas, kerajaan meletakkan sasaran :
  1. untuk mengurang defisit sebanyak 4.7%
  2. unjuran pertumbuhan ekonomi 2012 sekitar 5-6%
RHB Research Center membentangkan laporan mereka sebelum ini memberitahu, risiko kemelesetan ekonomi global yang berlaku sekarang ini  sebenarnya dan hakikatnya akan memberikan impak yang sangat tinggi kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia dan dijangka pada tahun 2013 ekonomi Malaysia akan bergerak perlahan sehingga ke tahap 3.5%. Kalau begitu, apa akan jadi akan Malaysia?
Akibatnya……..angka hutang Malaysia yang anda lihat hari ini iaitu sebanyak RM456.1 billion akan terus meningkat ke angka yang lebih membimbangkan!! Dan lebih memburukkan lagi keadaan apabila ekonomi China dan ekonomi global menuju ke era kemelesetan.
P/S : Adakah kita mahu terus menunggu sehingga hutang Malaysia sudah mencecah RM1 trillion baru, barulah kita akan mula nak melatah?

No comments:

Post a Comment