Saturday 17 March 2012

Harga Minyak Dunia Akan Melonjak Ke Paras AS$250 (RM750) Setong?



harga minyak dunia Harga Minyak Dunia Akan Melonjak Ke Paras AS$250 (RM750) Setong?
Nampaknya jika benar-benar Amerika Syarikat (AS) & kesatuan Eropah (EU) bertindak mahu mengenakan sekatan baru terhadap Iran, yang untung siapa sehingga bakal menyebabkan harga minyak dunia naik mendadak? Negara-negara minyak seperti kita inilah, Malaysia, Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Brunei termasuklah Tehran sendiri.
Ketua Suruhanjaya Ekonomi Parlimen Iran, Arsalan Fathipour kalau Amerika Syarikat & kesatuan Eropah (EU) masih meneruskan sikap degil dan bongkak mereka, harapan untuk melihat harga minyak dunia akan mencecah US$250 juta setong bersamaan sekitar RM750 setong.

Harga Minyak Dunia Akan Naik? Apa Sebab Amerika Nak Teruskan Rancangan Ini ?

Kami nak komen lebih-lebih, kami rasa ramai yang dah tahu. Kawan mereka sendiri Israel, memiliki begitu banyak senjata nuklear. Ada negara-negara ini membuat rancangan yang sama terhadap Israel. Tidak berani waima nak “jentik” Israel sekalipun.
Antara pelangggan utama minyak dari Iran adalah :
  • China, India, Jepun, Korea Selatan dan Turki
  • Negara-negara Eropah
Turun naik harga minyak dunia bukannya sehingga berlaku peperangan semata-mata, tetapi spekulasi-spekulasi yang timbul seperti ini pun sudah membolehkan ada berlakunya anjakan harga minyak dunia yang ada sekarang ini.
  • Harga minyak dunia kelmarin ditutup pada paras US$100.96 (Rm300) bagi minyak mentah
harga minyak dunia 2 Harga Minyak Dunia Akan Melonjak Ke Paras AS$250 (RM750) Setong?
Iran bukannya calang-calang negara. Iran merupakan negara keempat yang membekalkan minyak dunia selepas Arab Saudi, Rusia dan UAE. Manakala pembeli minyak mereka pula antara pengimport terbesar di dunia iaitu China, Jepun & Korea
Walauapapun, yang pastinya negara yang akan tersenyum lebar dengan kenaikan harga minyak dunia ini tidak lain tidak bukan adalah Malaysia? Sebab Malaysia adalah pengeksport. Takkan negara pengeksport boleh terkesan teruk juga. Pelik bunyinya betul berlaku sebegitu rupa kesannya kepaad Malaysia. Setiap kenaikan 1 dollar Amerika setong minyak, Malaysai untung beratus juta juga.
Persoalannya sekarang, adakah Malaysia akan buat sekali lagi tindakan menaikkan harga minyak di Malaysia yang mendadak jika kenaikan harga minyak dunia menjadi kenyataan seperti mana Malaysia pernah melakukan sebelum-seblum ini?
P/S : Sebab apa kami katakan begitu, di Malaysia pada pengamatan kami kalau naik harga minyak dunia, Malaysia “cukup pantas” tindakannya, tetapi apabila acapkali berlakunya penurun harga minyak dunia, Malaysia semacam tidak sedar apa yang berlaku di pasaran luar. Kenapa?

No comments:

Post a Comment