Saturday, 17 March 2012

betulkah tak pakai tudung dijamin neraka?

Sebelum ada yang emosional baca tajuk ni, saya nak perjelaskan dulu beberapa pendirian yang kita sepatutnya tahu. (Ini cuma pendirian berdasarkan pandangan dan pengetahuan saya)


Yang pertama, urusan agama kita sentiasa ada sumber dan sandarannya bila kita nak buat keputusan apa sekalipun. Makanya bila dikatakan sumber, jelas sekali hawa nafsu dan pandangan akal kita sendiri mestilah tidak kita utamakan.


Akal yang kita ada gunanya untuk mempertimbangkan segala natijah dan kemungkinan yang bakal lahir daripada tindakan-tindakan kita sendiri. Baik atau buruk kesan sesuatu amalan, akal kita sebagai sempadannya. Namun sehebat-hebat akal manusia ia masih terbatas, justeru agama datang sebagai penyelesaian segala masalah.




Yang kedua, suruhan yang sebenarnya datang berkenaan aurat orang Islam bukanlah tudung atau jubah dan sebagainya, tetapi suruhan tersebut didatangkan dengan makna suruhan menutup aurat. Buatlah macam mana pun, janji aurat itu tertutup.


Maka sebab tu masih timbul istlah-istilah pakai tudung pun tapi ..... anda isi tempat kosong tu sendiri. Hakikatnya yang wajib ditutup adalah aurat. Kena faham apa takrifan aurat tu yang penting barulah kita boleh nilai kita ni dah ikut syarak atau belum.


Yang ketiga, menutup aurat adalah tuntutan dan suruhan syarak. Syarak ni adalah Allah dan RasulNya. Syarak tidak akan menyuruh, melainkan semua suruhan dan tuntutan tersebut akan memberikan kebaikan kepada yang disuruh. Itu hakikat yang kita semua akui.


Kesimpulannya, yang suruh tutup aurat ni bukan manusia. Bukan ibu kamu atau ayah kamu, bukan suami atau bakal suami kamu.


Tetapi yang menyuruh supaya aurat ditutup adalah Tuhan kamu. Jika kamu benar-benar beriman dengan Tuhan tersebut, mengapa masih banyak alasan yang kamu berikan untuk mentaati suruhanNya?


Jawablah kalau berani.

No comments:

Post a Comment