Sunday 18 March 2012

CAK: Seluar melekat celah anu

BUKAN hanya geli hati, tetapi geli geleman apabila teringat kembali kejadian yang berlaku di satu sidang akhbar baru-baru ini.
CAK bukan jenis suka ketawakan orang lain tetapi kejadian itu jelas kelakar apabila beberapa teman yang ada di tempat kejadian turut ketawa terbahak-bahak.

Begini ceritanya, pelakon wanita berambut panjang itu tidaklah berpakaian seksi, malah seluar dipakainya juga longgar biarpun warnanya menyakitkan mata. Entah di mana silapnya, seluar itu terselit di bahagian tidak sepatutnya.
Menjadi perkara biasa apabila seluar atau kain terselit di celah punggung, tetapi bagaimana pula kalau di bahagian depan? Mungkin perkara itu tidak disedari pelakon itu, tetapi sebagai selebriti yang sudah lama berkecimpung dalam arena seni serta pandai bergaya, sepatutnya dia perlu peka. Apatah lagi ketika itu jurugambar rancak merakam gambarnya.

CAK kurang pasti sama ada CAK orang pertama menyedari kejadian itu atau sebaliknya, tetapi selepas menggosok mata beberapa kali, disusuli pula dengan pertanyaan kepada beberapa teman rapat adakah mereka nampak apa yang CAK nampak, memang sahlah tidak tersalah pandang.

Apa lagi, mana yang tak mampu menahan tawa, terus gelak besar. Bagi mengelakkan artis itu perasan dirinya yang diketawakan, masing-masing mengadap ke arah lain.

Bukan niat CAK mengaibkan artis itu, tetapi berharap cerita ini menjadi iktibar supaya tidak berlaku lagi. Wahai golongan Hawa, sila perhatikan jenis kain dan pakaian yang anda sarung.

No comments:

Post a Comment