KUCHING: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mahu
seorang wanita di Miri memulangkan wang berjumlah RM11,257.41 yang telah
salah dimasukkan ke dalam akaunnya pada 13 Julai 2010.
Pengurus Besar (Perhubungan Awam) KWSP Nik Affendi
Jaafar dalam kenyataan bertulisnya semalam berkata, berda-sarkan
siasatan terperinci pihak-nya mendapati wanita berke-naan bukan pencarum
KWSP. Wanita berkenaan tambahnya, juga tidak mempunyai sebarang
rekod menunjuk-kannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata
lain tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP.
“KWSP merujuk kepada laporan dikeluarkan akhbar tempatan
berbahasa Cina bertarikh 19 Mac 2012 berhubung seorang wanita yang
mendakwa KWSP meminta beliau memulangkan wang yang telah dikre-ditkan ke
dalam akaun bank-nya berjumlah RM11, 257.41.
“Berdasarkan siasatan terperinci pihaknya mendapati wanita berkenaan bukan pencarum KWSP.
“Beliau juga tidak mem-punyai sebarang rekod
me-nunjukkannya menyumbang kepada tabung berkenaan dengan kata lain
tidak layak untuk sebarang simpanan KWSP,” jelasnya.
Menurut Nik Affendi, wa-nita berkenaan dengan se-ngaja
memperdayakan KWSP agar mempercayai yang beliau adalah pemilik sebenar
akaun KWSP tersebut.
“Kami telah membuat pindaan kepada butiran akaun tetapi
menyedari beliau telah memberi maklumat palsu apabila pemilik sebenar
akaun (KWSP) datang untuk mengeluarkan simpanannya setahun kemudian,”
jelasnya.
Beliau menambah, pemegang sebenar akaun KWSP itu adalah
pencarum yang telah mendaftar sejak 1982 yang dipercayai turut mempunyai
butiran nombor pengenalan diri yang sama dengan wanita terbabit.
Selepas menyedari pembayaran dibuat ke atas akaun yang
salah, KWSP mengeluarkan surat kepada wanita berkenaan meminta beliau
memulangkan wang berkenaan yang bukan miliknya.
“KWSP di sini mahu menekankan bahawa tiada alasan
untuknya mengatakan dirinya tidak bersalah dalam situasi ini kerana
mengetahui yang wang itu bukan miliknya malah tidak pernah mencarum
dengan KWSP,” ujarnya.
Akhbar tempatan berbahasa Cina itu juga melaporkan
wanita berkenaan telah membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati
dengan tindakan KWSP yang hanya memintanya memulangkan wang itu setahun
kemudian.
Menurutnya beliau hanya mendapat surat daripada KWSP
meminta memulangkan wang itu pada 8 Disember tahun lalu dan di dalam
surat itu KWSP memintanya berbuat demikian dalam tempoh 14 hari, jika
tidak tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya.
Bagaimanapun menurutnya wang tersebut telah habis dibelanjakan.
No comments:
Post a Comment