Tuesday 20 March 2012

Tak had usia kenderaan

KERAJAAN tidak berhasrat melaksanakan penetapan had usia kenderaan bermotor di jalan raya kerana dilihat berupaya menjejaskan kebajikan rakyat.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abd Rahim Bakri berkata, sehingga kini kerajaan belum bercadang berbuat demikian walaupun perancangan itu terkandung dalam Dasar Automotif Negara.

“Kerajaan memang bercadang melaksanakan ‘scrap’ polisi (pelupusan secara sukarela kenderaan yang melebihi 15 tahun), tapi apabila mengambil kira banyak pandangan masyarakat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah, kerajaan terpaksa pertimbangkan,” katanya di Dewan Rakyat, semalam.
Beliau menjawab soalan Muhammad Husain (Pas-Pasir Puteh) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang menentukan had umur kenderaan bermotor yang dibenarkan menggunakan jalan raya.

Kepada soalan tambahan Muhammad yang mendakwa kerajaan seolah-olah takut berterus-terang mengenai isu berkenaan kepada rakyat, Abd Rahim berkata, ia jelas tidak benar.

“Dakwaan itu tak benar sebab dasar yang kami laksanakan sekarang mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Kalau kata kami menzalimi rakyat, itu tidak benar...itu tanggapan yang salah,” katanya.

No comments:

Post a Comment