Tuesday 20 March 2012

Syiling 10sen boleh Jadi RM 280.00

Wah menarik kan, syiling 10 sen boleh jadi RM280. Tapi bukan semua syiling 10 sen, hanya syiling 10 sen yang tercatat tahun 1971.
Kredit Gambar kepada Pemilik Asal

Apa yang specialnya dengan tahun 1971 ni? sebelum 1971, wang syiling diproses dan ditempa di kilang luar negara yang terletak di Jerman Barat serta dibuat dalam bilangan yang banyak kerana digunakan untuk Semenanjung Malaysia, Singapura dan Brunei.

Pada tahun syiling tersebut dibuat, Singapura telah berpisah dengan Malaysia dan buat pertama kali negara ini mula menempa wang syiling sendiri.
“Tahun itu juga telah berlaku bencana banjir besar di Kuala Lumpur sehingga mesin penempa wang syiling itu ditenggelami air dan rosak. Jadi, pada tahun itu, hanya lebih kurang 32,000 keping wang syiling yang sempat dibuat,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur.
Angka 32,000 itu boleh dianggap terlalu sedikit berbanding tahun-tahun lain dengan pengeluaran wang syiling mencecah beratus-ratus juta keping bagi setiap jenis syiling.
Disebabkan perkara tersebut, syiling 10 sen itu menjadi begitu bernilai sehingga angkanya mencecah ratusan ringgit.
Ayat-ayat dekat atas ni aku petik dari artikel di Kosmo Online.  Jadi bagi sesiapa yang ada tabung tu bolehlah mula semak satu-satu syiling yang korang ada. Kalau tak silap aku syiling 50 sen pun ada yang berharga tapi tak pasti tahun berapa. 
Biasanya orang mencari syiling-syiling seperti ini kerana ada nilai-nilai tersendiri.

No comments:

Post a Comment