Tuesday 20 March 2012

Sisa makanan perosak gigi

MASAKAN ibu paling sedap dan sukar ditandingi. Begitulah yang selalu dikatakan orang ramai. Bagi kaum ibu pula, tiada perkara lain yang menggembirakannya selain dapat menyediakan hidangan lazat khas buat keluarga tercinta.
Mintalah apa saja jenis makanan, pasti akan cuba ditunaikan sebaik mungkin terutama permintaan daripada anak-anak. Selain makanan ibu, masyarakat kita juga terdedah kepada pelbagai makanan lazat lain daripada kepelbagaian etnik negara ini.

Tanpa disedari, dalam sibuk menjamu selera, makanan yang diambil itu sebenarnya turut mempengaruhi kesihatan gigi dan mulut lebih-lebih lagi jika makanan itu mengandungi gula yang tinggi dengan sukrosa dan fruktosa.

Makanan bergula selalunya dikaitkan dengan kaviti tetapi persoalannya berapa ramai yang mengamalkan kebersihan mulut sebaik saja selesai makan makanan seperti gula-gula, kek atau coklat?


Berbeza dengan kesihatan badan, tidak dinafikan ramai yang tidak mengutamakan kepentingan menjaga dan mengekalkan kesihatan gigi pada tahap yang terbaik.

Kementerian Kesihatan melaporkan, kebanyakan rakyat Malaysia makan kira-kira 24 sudu kecil gula setiap hari berbanding kuantiti yang sepatutnya iaitu hanya 50 gram atau 10 sudu kecil gula.

Statistik juga menunjukkan, sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai masalah gigi. Sebenarnya, apakah kesan gula terhadap gigi?

Untuk pengetahuan, bakteria sentiasa bergelumang di dalam mulut. Kadang-kadang, biarpun gigi kelihatan bersih, bakteria yang tidak terkira jumlahnya ada tersembunyi di dalam mulut.

Sesetengah daripada bakteria terbabit membentuk plak yang melekit dan tidak berwarna di permukaan gigi. Bakteria yang terdapat dalam plak pula akan menghadamkan gula daripada makanan dan menukarkannya menjadi asid.

Asid ini amat kuat dan mampu menghakis lapisan luaran enamel yang sepatutnya melindungi gigi daripada mereput. Ia mula terbentuk pada gigi setiap kali kita makan makanan bergula.

Sebelum ia dineutralkan semula, asid akan meneruskan aktiviti merosakkan gigi sekurang-kurangnya selama 20 minit.

Apakah pula yang dimaksudkan dengan enamel? Gigi mempunyai dua lapisan iaitu enamel atau lapisan luar yang keras dan dentin, lapisan dalam bersifat poros dan lembut.

Enamel adalah tisu paling kuat dalam badan dan hanya berkembang ketika gigi terbentuk iaitu ketika usia baru beberapa hari hingga 12 tahun.

Lapisan ini hanya terbentuk sekali seumur hidup dan tidak boleh diperbaharui atau digantikan jika rosak. Walaupun lapisan enamel ini kuat, ia boleh terlarut akibat hakisan asid daripada makanan atau asid pencernaan yang tertolak naik ke mulut apabila muntah yang menyebabkan enamel menjadi semakin nipis dan akhirnya mendedahkan lapisan dentin di bawahnya.

Oleh itu, penting memberus gigi selepas memakan makanan yang mempunyai kandungan gula tinggi bagi mencegah pereputan gigi di samping mengekalkan mulut dan gigi bersih serta sihat.

Selain daripada penggunaan berus gigi yang baik, pemilihan ubat gigi yang sudah menjalani ujian klinikal dalam menghapuskan plak juga memainkan peranan.

Memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida dapat mencegah kejadian karies gigi.
Ia juga faktor utama dalam penurunan kadar karies gigi di seluruh dunia.
Fluorida pula adalah bahan yang dapat menguatkan gigi.

Makanan sihat seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan biskut gandum juga menjadi pilihan bijak untuk membantu melindungi gigi daripada kerosakan, penyakit gusi dan beberapa penyakit gigi serius yang lain.

Bagi ibu bapa, mereka wajar mula mengambil berat mengenai penjagaan mulut anak mereka seawal usia bayi lagi menerusi pemeriksaan gigi berkala sebaik saja gigi pertama bayi mereka tumbuh.

Sebaik-baiknya, ibu bapa hendaklah memupuk tabiat membersihkan gigi dan gusi bayi selepas setiap kali makan secara memberus atau menggunakan kain kasa lembut agar penjagaan gigi menjadi sebahagian daripada rutin harian anak.

Justeru, ubat gigi jenama Darlie memperkenalkan Darlie Double Action Enamel Protect (Mild Mint) yang membantu menguatkan enamel gigi dengan kandungan rasa pudina lebih lembut.

Ia juga membantu menurunkan kadar pengurangan kalsium pada gigi dan kandungan fluorida di dalamnya pula menghalang pembentukan kaviti sekali gus dapat memberikan anda satu senyuman yang menawan dan meyakinkan tatkala berhadapan dengan orang ramai.

Duta ubat gigi Darlie, Vanidah Imran, pula berkata pemberusan yang sempurna bukan setakat membabitkan pemilihan berus gigi yang betul, paling penting adalah penggunaan ubat gigi yang boleh membuatkan seseorang itu mampu bernafas segar dan selesa.

“Seseorang yang mempunyai gigi cantik dan tersusun itu adalah satu bonus tetapi lebih penting, ia perlu bersih. Ini sangat penting kerana perkara pertama dilakukan adalah berkomunikasi secara dua hala. Nafas yang segar akan menambah keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai.

“Kebersihan tubuh badan itu menyeluruh dan bukannya setakat kita perlu mandi saja setiap hari. Gigi juga harus dijaga dengan baik dan pastikan ia dalam keadaan bersih. Jangan lupa untuk melakukan pemeriksaan gigi bersama doktor gigi bertauliah bagi memastikan anda tidak mengalami masalah gigi yang lebih serius,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga sangat teruja menggunakan Darlie Double Action Enamel Protect (Mild Mint) yang sesuai untuk seisi keluarga. Pada masa sama, Darlie Double Action Enamel Protection juga boleh didapati dalam Strong Mint (Rasa Asli).

No comments:

Post a Comment