Pahala Ibu mengandung
1 * Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil
2 * Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.
3
* Wanita yang bersalin dapat pahala 70 tahun solat & puasa serta
setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.
4 * Sekiranya wanita meninggal dunai dalam maa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid.
5 * Wanita yang beri minum susu badan kepada anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.
6 * Wanita yang beri minum susu badan kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.
7
* Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun,
maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
8
* Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak
selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti
membebaskan 20 orang hamba.
9
* Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya
yang sakit akan diampukan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia
hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat.
10
* Anak-anak adalah amanah dari Allah s.w.t dan ianya sebahagian dari
ujian Allah s.w.t kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah s.w.t :
"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menajadi ujian dan di sisi
ALLAH ada pahala yang besar. ?" (Al-Quran Surah At- Taghabun, 64 :15)
No comments:
Post a Comment