Saturday 17 March 2012

Malaysia Jual Elektrik ke Singapura? Jangan Sampai Pisang Berbuah Dua Kali!!



malaysia jual elektrik Malaysia Jual Elektrik ke Singapura? Jangan Sampai Pisang Berbuah Dua Kali!!
Terus terang kami katakan, Singapura takkan berurusniaga dengan Malaysia jika tidak menguntungkan mereka. Sejarah sudah membukti sejarah penjualan air Malaysia ke Singapura cukup memalukan negara. Itu belum masuk lagi kes-kes seperti :
Setiap kali ada pertemuan kerajaan Malaysia  dengan Singapura pastinya akan ada buah tangan untuk mereka (Singapore)
Selepas pertemuan perdana menteri Malaysia & perdana Menteri Singapura baru-baru ini, kerajaan dalam cadangan untuk jual elektrik kepada Temasek pula. 2 Persoalannya sekarang ini berkaitan dengan prasarana di Malaysia, dalam keadaan kita nak jual elektrik kepada negara Singapura. Antaranya ialah :
  • Adakah negara kita sudah “berjaya” menyediakan 100% bekalan elektrik kepada seluruh rakyat Malaysia seluruh ceruk Sabah dan Sarawak?
  • Adakah seluruh sekolah di pedalaman borneo, yang mana terdapatnya makmal komputer (dah jadi “gajah putih”) dek kerana kekurangan bekalan elektrik?
  • Ini semua adalah keperluan asas yang perlu disediakan terlebih dahulu. Tetapi, sekarang ini nak jual pula elektrik kita ke negara jiran kita Singapore?
PUTRAJAYA: Malaysia is proposing to sell electricity to Singapore in an initiative that will be spearheaded by private companies. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak said that both countries were working on a framework on this matter. (The Star)
Sebenarnya jika Singapura berjaya membeli elekrtik daripada Malaysia :
  • Singapura tak perlu buat power station, jadi tiada pencemaran tambahan
  • Jadi mereka tak perlu beli gas/coal jadi mereka dapat jimat tukaran matawang asing. Duit negara Singapura tak banyak yang akan keluar
  • Tidak perlu membawa masuk pekerja asing yang ramai untuk menjadi pekerja di sana, semata-mata untuk menghasilkan tenaga sendiri, tidak perlu
  • Tidak perlu pening kepala memikirkan naik turun harga minyak/gas mahupun arang baru
  • Hanya tetapkan kontrak yang munasabah, selebihnya serahkan kepaad pembekal eketrik untuk “menyudahkannya”
malaysia jual elektrik 3 Malaysia Jual Elektrik ke Singapura? Jangan Sampai Pisang Berbuah Dua Kali!!
Kemudian ada lagi petikan berita kunjungan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini ke dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong di Singapura yang berjaya menarik perhatian kami. 
Apart from selling electricity , Najib and his counterpart Lee Hsein Loong , who was in the country for a leader’s retreat, also discussed the possible cooperation in aviation and support services between Senai International Airport in Johor and Singapore’s Changi International Airport. “The exploration of new possibilities, will enhance bilateral ties,” he said during a joint press conference here. (The Star)
Alhamdulillah…makin murah rezeki kaum keluarga Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan kerjasama sebegini. Beliau juga melalui Malakoff besar kemungkinan akan terus tersenyum lebar bersama-sama Ananda Krishnan, Kumpulan Genting, Kumpulan YTL jika termerainya perjanjian penjualan elektrik tersebut. Ada 2 persoalan & harapan yang kami ingin timbulkan di sini berkaitan kesan penjualan elektrik kepada Singapura iaitu:
Faktanya sebelum ini, Singapura telah cuba-cuba meninjau ke Indonesia untuk beli elektrik daripada sana, tetapi mendapat bantahan keras alasan Indonesia masih lagi kekurangan bekalan elektrik untuk warganya. Semak VIDEO di bawah ini :
P/S : Apa pendapat anda dengan isi pertemuan Malaysia VS Singapura baru ini melalui Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsein Loong?

No comments:

Post a Comment