Majlis Pertunangan Anak Datuk Najib
dan Rosmah Mansor sahaja dah mencecah RM400,000++. Baru majlis
pertunangan. Itu belum, majlis perkahwinan lagi. Mungkin bagi kita
rakyat Malaysia merasakan angka tersebut agak keterlaluan, tetapi
hakikatnya ini majlis melibatkan anak pemimpin nombor satu negara yang merupakan “Perdana Menteri”.
Bagi Perdana Menteri mungkin kos majlis
pertunangan yang berlangsung pada 17 Jun 2011 adalah perkara biasa.
Tiada apa yang perlu dihairankan. Masakan tidak :
- Kos untuk ubahsuai Kediaman Rasmi Perdana Menteri (Sri Perdana) – Menerima suntikan RM65 juta hanya untuk 2 tahun sahaja
- Bil elektrik (Kediaman rasmi) Rumah Perdana Menteri & Timbalan Perdana Menteri sekitar RM160,000 sebulan dan bil air pula adalah sebanyak RM33,000 sebulan
Soal berapa kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor
itu bagi kami bukanlah sesuatu yang harus diberikan perhatian utama,
itu hak mereka jika ia menggunakan dana sendiri. Tiada masalah. Dengan
memegang status sebagai pemimpin negara, takkanlah beliau mahu buat
majlis ini dalam keadaan serdahana pula, bukan? Walaupun diadakan secara
tertutup, tetapi ramai pembesar negara, orang kenamaan, pemimpin
terdekat yang hadir dalam majlis pertunangan anak Datuk Najib itu. Dan
pastinya hidangan pada majlis tersebut tidak seperti hidangan lazim
rakyat kebanyakan tetapi lebih kepada :
- menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia
- makanan-makanan laut
- dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Hidangan yang “indah-indah” belaka
- dekorasi dan segala macam sehinggalah majlis pertunangan tersebut berjaya diadakan
- jadi tolak, campur, tolak campur kesemuanya, akhirnya kosnya melambung sehingga RM400,000++
- tetapi persoalannya siapa yang membayarnya?
Sekali lagi kalau nak buat majlis
semahal mana sekalipun terpulang, tiada masalah sebenarnya. Asalkan
majlis yang diadakan untuk kepentingan peribadi menggunakan duit poket
& simpanan sendiri, bukannya duit rakyat.
Dan di bawah ini kami sertakan satu
tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa telah
dipertanggungjawabkan menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak
Datuk Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev.
Dan kos majlis pertunangan tersebut telah dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).
No comments:
Post a Comment