Tuesday, 20 March 2012

Hari Kiamat 2012


ان الـساعة لأتية لا ريب فيـها ولـكن أكـثر الـناس لا يؤمنون

Maksudnya:

“ Sesungguhnya hari Kiamat pasti akan datang , tidak ada keraguan. Padanya , akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman “
( surah al-Ghafir ayat 59)


Heboh di perkatakan tentang tahun yang bakal menjelma, 2012. Cerita yang penuh misteri dan tanda tanya. Ada yang cuba menwar-warkan dengan filem tentang Hari Pengakhiran ini. Namum benarkah apa yang diceritakan dunia, Kiamat 2012?


ERTI KIAMAT

Dari segi bahasa - Bermaksud kebangkitan

Dari segi Istilah – Hari berlakunya kehancuran seluruh alam dan diikuti dengan manusia dibangkitkan semula.



Bahagian Kiamat

1. Kiamat Sughra ( kecil ) – Kematian seseorang

2. Kiamat Kubra ( besar ) – Kemusnahan dan kehancuran seluruh alam


Sememangnya adalah wajib kita sebagai umat Islam untuk beriman dan percaya kepada Hari Kiamat. Namum tarikh dan bilakah masanya akan berlakunya Hari Kiamat adalah rahsia Allah s.w.t. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri tidak tahu bilakah tarikhnya. Jadi untuk apalah kita sebagai hamba yang kerdil ini untuk menelah atau meramal tarikh Hari Kiamat. Itu adalah urusan tuhan dan urusan kita pula adalah menpersiapkan diri untuk menghadapinya.

Kita tidak perlu risau atau bimbang tentang bilakah ia akan berlaku, tetapi apa yang sepatutnya kita risau adalah sudah cukup kah amalan kita untuk menghadapi Hari Pembalasan. Jangan kita terperdaya dengan dakyah musuh-musuh Islam yang cuba melekakan kita dengan perkara sebegini, dan melalaikan umat Islam daripada jalan kebenaran yang sebenarnya. Padahal ada perkara yang lebih penting daripada kita asyik sibuk berfikir bilakah tarikh Hari Kiamat.

No comments:

Post a Comment