PUTRAJAYA: “Kebetulan ada orang guna pemotong rumput...batu
terpelanting dan kena cermin lalu pecah,” kata Pengarah Bahagian
Siasatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar
Ali, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes cermin tingkap
kanan belakang kereta milik bekas juruperunding National Feedlot
Corporation (NFCorp), Datuk Samsubahrin Ismail yang dilaporkan pecah di
tempat meletak kereta di Kompleks D di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, kejadian berlaku secara kebetulan kerana pada masa itu pekerja memotong rumput berada di kawasan berkenaan.
“Ia tiada unsur khianat. Kebetulan masa itu ada orang potong rumput
dan batu terpelanting lalu terkena cermin kereta. “Malah, kita sudah
membuat laporan polis lebih awal sebenarnya. Oleh kerana kereta itu
dalam simpanan kita (SPRM), kita (akan) baiki kereta itu,” katanya
ketika ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM, di sini, semalam.
Kereta jenis Mitsubishi ASX yang pecah cermin itu disita SPRM bersama
dua lagi kenderaan lain milik Samsubahri iaitu Mitsubishi Triton dan
Mitsubishi Grandis hitam pada Disember tahun lalu.
Sementara itu, Samsubahrin berkata, beliau hanya menyedari perkara
berkenaan selepas dimaklumkan pemandunya ketika tampil memberi
keterangan sebagai saksi berkaitan kes dihadapinya, semalam.
No comments:
Post a Comment