Astro mengumumkan pelancaran NJOI, TV Satelit Malaysia Percuma
Pertama untuk dikongsi dan dinikmati oleh semua orang hari ini. NJOI
ialah sebahagian daripada aspirasi Astro untuk menjadikan pembelajaran
sepanjang hayat, informasi, hiburan serta sukan boleh didapati secara
percuma untuk semua orang di Malaysia.
Pelancaran NJOI memperlihatkan Astro dalam mengotakan janjinya untuk
merapatkan jurang digital di Malaysia. NJOI akan diperkenalkan melalui
tiga fasa. Dalam fasa pertama, Astro merancang untuk mengagihkan 50,000
set dekoder NJOI dan piring satelit kepada penerima yang disenaraikan
dalam pangkalan data program eKasih. Inisiatif ini merupakan sebahagian
daripada program tanggungjawab sosial korporat Astro dalam mewujudkan
impak sosial dengan memberikan akses percuma kepada pendidikan,
informasi, hiburan dan sukan kepada komuniti berpendapatan rendah,
badan-badan sosial serta kebajikan termasuk rumah-rumah di kawasan yang
tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan TV dan radio. Jumlah pelaburan
bagi melunaskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang meliputi
kos set top box, piring satelit dan kandungan program dianggarkan
menelan belanja kira-kira RM500 sepanjang tempoh lima tahun akan datang.
Dalam fasa kedua, perkhidmatan NJOI akan dilancarkan pada suku
pertama tahun 2012, yang membolehkan para pelanggan untuk membeli set
dekoder dan piring satelit dengan hanya satu bayaran, membuat pemasangan
dan terus menikmati 37 saluran TV dan radio yang terdiri daripada
kandungan pembelajaran sepanjang hayat, informasi dan hiburan termasuk
sukan secara percuma, tanpa yuran langganan.
Dalam fasa ketiga pula, para pelanggan diberi pilihan untuk membeli
program-program tambahan yang diminati dari senarai menu yang menarik
melalui mekanisma pra-bayar yang boleh didapati pada pertengahan tahun
2012.
Saluran-saluran Astro yang termasuk dalam NJOI akan meliputi saluran pendidikan yang berkualiti seperti Astro Tutor TV UPSR, PMR dan SPM. Astro Vaanavil juga turut menawarkan segmen pendidikan khas seperti program UPSR Neram, Manavar Mulakkam Science Capsule dan Thirumbi Parkalam. Selain itu, saluran hiburan informasi yang boleh didapati dalam NJOI adalah seperti Astro Prima, Astro Oasis, Astro Awani, Astro AEC, Jia Yu, Astro Xiao Tai Yang (akan datang), Makkal TV, CCTV4, Bernama TV, iView, iMus, TVi, TV1, TV2 dan 19 stesen radio.
NJOI membolehkan orang ramai untuk mengakses kepada kandungan yang
memperkayakan – informasi yang terbaik, hiburan, sukan dan pembelajaran
sepanjang hayat selaras dengan usaha Malaysia untuk melahirkan
masyarakat yang berpengetahuan. Astro akan terus melabur dalam
melahirkan bakat-bakat, kreativiti dan teknologi dan berhasrat untuk
menyediakan kandungan yang berharga yang memberikan kelebihan memilih
kepada para pelanggannya mengikut keperluan, keutamaan dan bajet
masing-masing.
Rakyat Malaysia kini boleh menikmati TV satelit percuma melalui
perkhidmatan terbaru Astro – Njoi, perkhidmatan TV satelit percuma tanpa
langganan yang boleh didapati dari pengedar-pengedar sah Njoi di
seluruh Malaysia. Dapatkan NJOI, yang terdiri dari sebuah dekoder, satu
unit piring satelit luar-rumah (ODU), kad pintar dan satu unit alat
kawalan jauh dengan hanya sekali pembayaran pada harga RM288, dan RM100
untuk pemasangan, yang memberikan akses kepada 18 saluran TV dan 19
saluran radio dengan serta-merta tanpa pembayaran untuk langganan
bulanan dan tanpa kontrak perjanjian.
Untuk keterangan lanjut tentang perkhidmatan NJOI, sila layari www.astro.com.my atau telefon 03-9543 8100.
No comments:
Post a Comment