Saturday, 31 March 2012

Jimmy Shanley Akui Tampar Isteri Akibat Keengganan Suhaila Tidur Bersama Ketika Berbulan Madu

Hari ini telah pun berlangsung prosiding prosiding tuntutan nusyuz dan kembali taat Jimmy Shanley kepada isterinya, Nursuhaila di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam. Menurut portal Mstar, Jimmy Shanley mengakui telah menampar isterinya ketika berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Ini kerana Suhaila enggan tidur bersama selepas tiba di destinasi.
jimmy tampar suhaila
Kata Jimmy Shanley:-
Saya mengaku telah menamparnya (sehari selepas tiba di Koh Samui) kerana ingin mengingatkan dia tentang tanggungjawabnya terhadap suami. Dia tidak cedera cuma terganggu emosi akibat pergaduhan itu. Sebelum ini saya pernah menamparnya juga iaitu selepas tiga hari perkahwinan kami kerana berlaku salah faham.
Akibat daripada perselisihan faham tersebut, Suhaila telah keluar daripada bilik hotel untuk ke Bangkok seorang diri. Nursuhaila turut menghempas pintu bilik hotel selepas dia melarang isterinya itu keluar daripada hotel dan insiden pergaduhan itu turut dirakamkan dalam bentuk video.
Jimmy Shanley hanya mengetahui mengenai aktiviti isterinya apabila Suhaila meng”update” status di Facebook yang berbunyi:-
Aku mai la… “sape” pun, Diana Mariana tetap di hati. Okeylah… aku nak keluar enjoy hilangkan stress.
suhaila jimmy
Menurut Jimmy, Diana Mariana adalah kawan isterinya. Mereka berdua kemudiannya hanya bertemu kembali di rumah di Sungai Buloh selepas 5 hari pulang berbulan madu. Selepas itu, kebanyakan komunikasi dilakukan menerusi SMS kerana Suhaila enggan bercakap dengan Jimmy.
jimmy
Suhaila yang turut hadir di prosiding tersebut bersetuju dengan apa yang telah dikatakan oleh Jimmy dan memberitahu yang dia sudah tawar hati dengan suaminya. Prosiding akan bersambung pada 7 dan 14 Mei depan.

No comments:

Post a Comment